Monday 13 August 2012

10 Amalan Di Malam Terakhir Ramadhan


Riwayat: 
(al-Bukhari dan Muslim)
Kategori: 
Ibadah
Hadith: 
Daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.
Huraian Hadith: 
1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.

2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.

3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.
  
Jom kita amalkan sedikit amalan yang ingin saya kongsikan

1. Sembahyang sunat wuduk

2. Sembahyang sunat hajat

3. Membaca Al-Quran.

4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali

5. Zikrullah

6. Bertasbih:

7. Selawat 100 kali

8. Sembahyang sunat tahajud

9. Sembahyang sunat tasbih

10. Solat sunat Lailatul-Qadr

No comments:

Post a Comment