Sunday 30 October 2011

Pemegang Jawatan Tertinggi SPR UTeM 2011


KETUA SEKRETARIAT
Nur Hidayah Binti Jadid
FB : Hidayah Jadid

T. KETUA SEKRETARIAT
Muhammad Aizat Bin Adam
FB : Aizat Adam
Twitter : @ejatbale

SETIAUSAHA AGONG
Nur Diyana Aimi Binti Roslee
FB : Aimi Ann

T. SETIAUSAHA AGONG
Che Nurul Azni Binti Che Aziz
FB : Nurul Azni
Blog : Life is So Meaningful

BENDAHARI AGONG
Noor Azliana Binti Saari
FB : Bonda Yana
Blog : Hatiku Milikmu


Ain Zulaikha Binti Rustam
FB : Ain Zulaikha Binti Rustam
Blog : My Discreet Complaints On My Little Life,
Dreams and Realities,
Wonderfully Me Through and Through.



Nabilah Najah Binti Mohd Nasir
FB : Nabilah Najah
Blog : Gengz Story

EXCO PAMERAN
Nur Syakirah Binti Hasman
Twitter : @KyraHasman

T. EXCO PAMERAN
Muhammad Safwan Bin Rosli
FB : Kira Wan

EXCO GERAK MESRA MASYARAKAT
Lau Wei Chong

T. EXCO GERAK MESRA MASYARAKAT
Noramanina Binti Jerimi
FB : Noramanina Jerimi

EXCO PERMENTASAN BERMESEJ
Surendran Vijayakumar

T. EXCO PERMENTASAN BERMESEJ
Parvinthiran Anpalakan

EXCO PEMBANGUNAN INSANIAH
Nur Atiqah Binti Zaini
FB : Atiqah Zaini

T. EXCO PEMBANGUNAN INSANIAH
Nor Syafiqah Binti Rosli
EXCO RAKAN SEKRETARIAT
Mohamad Farhan Bin Md Aris
FB : Pa'nda Lord

T. EXCO RAKAN SEKRETARIAT

Halimatun Binti Abdul Aziz
FB : Halimatun Matun


EXCO KEAGAMAAN
Muhammad Izham Bin Abdul Jabari

Saturday 29 October 2011

Kunjungan Hormat Exco-Exco Sekretariat SPR UiTM ke UTeM

Persediaan Awal




Ramah Mesra SPR UiTM - SPR UTeM







Sharing Ideas




Penyampaian Cenderahati




Exco SPR UTeM




Terima kasih atas kunjungan anda semua Exco-Exco SPR UiTM 
yang sudi berkunjung ke UTeM,
 bagi menjayakan program ini. Korang memang sempoi ! :) 
Semoga jalinan ukhuwah kita akan lebih akrab. 
Jumpa lagi di Konvensyen UKM ! :D

Friday 28 October 2011

Kami Anti-Rasuah




*BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN MENCEGAH RASUAH*





Laporkan Rasuah


langitku runtuh
harapanku musnah
mohon berteduh
di bawah rumah

tanahku basah
kompasku punah
mencari arah
bimbang tersalah

duniaku parah
diriku pasrah
biar pun susah
takkan mengalah

tekadku teguh
ranjauku redah
perjalanan jauh
mencari hidayah

mentariku merah
hatiku cerah
tersembunyi hikmah
di sebalik musibah


ujian itu lumrah
sabar itu indah
bercakap mudah
membuatnya payah




P/S..

terus berdakwah
jauhi rasuah
tiada faedah
merosakkan ummah

Jauhi Amalan Rasuah

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Swt iaitu dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, semoga kita mendapat keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Ajaran Islam mengutamakan setiap peribadi Muslim perlu menanam sifat-sifat terpuji dan menjaga peribadi serta tidak di cemari perbuatan keji dan terkutuk, seperti amalan menerima dan memberi rasuah, kerana ia akan menimbulkan kesan yang sangat parah, bukan sahaja kepada si pelakunya, bahkan terhadap masyarakat dan negara amnya.

Rasuah adalah perbuatan menyogok atau memberi kepada orang-orang tertentu dengan tujuan tertentu samada berupa wang, barang hadiah atau manfaat sebagai ganjaran balasan terhadap sesuatu hajat atau keinginan yang akan dan telah di tunaikan dengan cara yang tidak sebenarnya. Amalan ini bukanlah fenomena baru dalam masyarakat kita, bahkan amalan peninggalan Jahiliyah yang di warisi turun-temurun yang berhubung kait dengan unsur-unsur mementingkan diri sendiri, tamak haloba dan gelojoh terhadap kemewahan dunia.

Perbuatan rasuah juga adalah jenayah terkutuk yang bukan sahaja satu kesalahan besar di sisi undang-undang dunia, malah dilarang keras dan di kategorikan di dalam Islam sebagai amalan dosa besar kerana membabitkan unsur kezaliman dan penindasan serta mengambil hak orang lain.

Sebagai contoh, Islam melarang keras tindakan memberi rasuah atau menyogok hakim sebagai balasan untuk meringankan hukum pihak bersalah atau di bebaskan dari hukuman tertentu. Rasuah mampu mengubah fakta yang sedia ada sehingga yang salah menjadi benar dan yang benar di katakan bersalah. Firman Allah Swt di dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 :

Bermaksud : " Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim, kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). "

Ayat tersebut menegaskan bahawa larangan ini tidak hanya terhad dalam bidang kehakiman dan perundangan semata-mata, malah merangkumi bidang lain seperti pemerintahan, pentadbiran, politik, ekonomi dan sebagainya.

Di samping itu Islam memberi amaran terhadap pihak yang terbabit dalam rasuah, bahawa mereka akan menerima balasan yang amat menggerunkan. Dalam hal ini Abdullah Ibnu Umar meriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah serta perantaraan keduanya. Rasulullah Saw bersabda :

Bermaksud : " Laknat Allah kepada si pemberi rasuah dan penerima serta orang yang bekerja di antara keduanya. "

(hadis riwayat Ahmad dari Tsauban)

Berdasarkan penjelasan hadis tersebut, dapatlah di ambil kesimpulan jika memberi rasuah haram, menerima juga haram. Namun dosa rasuah tidak terbatas kepada pemberi rasuah dan penerima sahaja, bahkan membabitkan pihak ketiga yang bertindak sebagai perantaraan antara pemberi dan penerima rasuah. Yang perlu di beri perhatian ialah kesan perbuatan tersebut amat menakutkan iaitu di laknat oleh Allah Swt. Maksud laknat ialah di jauhi dari rahmat Allah. Maka tidak hairanlah jika amalan rasuah ini sebaris dengan amalan dosa besar lain seperti menderhaka kepada kedua ibubapa, membunuh, minum arak dan sebagainya.

Selain itu, kesan buruk rasuah berkait rapat dengan kepentingan masyarakat dan negara iaitu amalan tersebut boleh merosakkan kesatuan Umat serta mengikis kekuatan sesuatu bangsa yang berdaulat. Sekiranya seseorang atau pemimpin yang mengamalkan perbuatan rasuah kebiasaannya akan membiakkkan bibit penyelewengan dan ketidakadilan dalam urusan atau pentadbirannya sebagai penyalahgunaan kuasa, penindasan dan sebagainya. Natijahnya semua orang atau rakyat menanggung risiko dan padahnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Gejala rasuah berlaku di segenap institusi masyarakat hari ini, samada institusi pemerintahan, perniagaan, pertubuhan dan kebajikan, kewangan dan syarikat, tidak ketinggalan terhadap agensi kerajaan yang di beri tanggungjawab menguatkuasakan peraturan dan undang-undang, suasana ini terus berlaku seolah-olah tiada kesudahannya. Tanda-tanda untuk reda belum pasti. Lantaran inginkan cepat untuk menjadi kaya serta ingin membereskan urusan dengan segera, semuanya itu mengatasi segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Akta pencegahan rasuah 1977 yang di perkenalkan tidak banyak memberi kesan terhadap gejala ini, ini membuktikan rasuah masih berlaku dan berleluasa, jika tidak di bendung dengan segera, masalah sosial dan ekonomi akan terjejas. Keamanan negara tidak stabil dan boleh menjadi hancur.

Perintah dan pemberi rasuah tidak sedikit jumlahnya. Badan pencegah rasuah telah mengheret ramai yang terlibat ke mahkamah dan mensabitkan kesalahannya, tetapi masih ada juga yang sukar di kesan dan untuk di sabitkan kesalahannya. Ini gara-gara kelicikan dan kepintaran mereka menipu dengan pelbagai helah serta bantuan menggunakan alat teknologi canggih.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh Badan Pencegah Rasuah, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini seramai 259 orang di tahan. Peningkatan 103 orang ditahan berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Daripada jumlah itu, 152 orang adalah kakitangan kerajaan, manakala baki 137 orang lagi membabitkan orang awam dan kakitangan sektor swasta.

Sidang Jumaat yang di muliakan,

Hukuman penjara dan denda yang di kenakan ke atas orang yang terlibat ini ternyata belum berkesan untuk mencegah gejala rasuah yang semakin berleluasa, keadaan ini menunjukkan, masyarakat masih tidak gentar dengan hukuman yang di tetapkan, malah menggambarkan bahawa masyarakat hari ini sudah ketandusan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, ikhlas dan sebagainya.

Hukuman merampas harta orang yang menerima rasuah dan pecah amanah mungkin satu alternatif baik, tetapi ia belum tentu dapat membasmi sepenuhnya sindrom penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Seperti juga hukuman gantung yang di kenakan ke atas pengedar dadah, walaupun di kenakan hukuman gantung, para pengedar masih lagi belum gerun dengan hukuman tersebut dan masih meneruskan operasi pengedaran dadah seperti biasa. Jesteru itu di samping memikirkan cara hukuman yang wajar dan berkesan bagi mengatasi masalah ini hendaklah mempertingkatkan kesedaran di kalangan warga kita melalui pendekatan memupuk nilai-nilai murni serta memperbanyakkan maklumat tentang bahayanya perbuatan itu

Usaha-usaha menanam nilai-nilai murni dalam masyarakat melalui pendidikan agama dan akhlak perlu di tekankan. Ini boleh di terapkan dalam diri seseorang semenjak dari rumah lagi melalui usaha didikan keluarga, kemudian di susuli pula dengan asuhan kerohanian di sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi melalui pelbagai bentuk samada bentuk latihan mahupun kursus.

Jika ada kesungguhan dari semua pihak untuk membasminya, besar kemungkinan amalan tidak sihat di kalangan masyarakat kita ini akan berkurangan tahap demi tahap. Harapan untuk mencapai matlamat dan melihat keselamatan negara dan rakyatnya dalam suasana aman dan selesa amat cerah, dengan bersatu tenaga di semua peringkat umur dan peringkat dalam mewujudkan kerjasama di kalangan kita, mudah-mudahan gejala ini tidak terus bermaharajalela. Masing-masing turut bertanggungjawab untuk membanteras dan menaruh perasaan benci terhadapnya, di samping mengingatkan bahawa ia merupakan ancaman Allah yang seksaanNya amat pedih dan neraka balasannya. Rasulullah Saw bersabda :

Bermaksud : " Pemberi dan penerima rasuah itu penghuni neraka. "

Dengan ini jelaslah, bahawa hadis ini memberi peringatan supaya kita jangan sekali-kali memberi dan menerima rasuah, berusahalah menjauhkan diri daripada terlibat dengan amalan rasuah ini, yang hanya mengakibatkan bencana kepada diri, masyarakat dan negara kita juga akhirnya, sebaliknya beramallah dengan ajaran Islam, dengan menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan hidup kita Dengan itu, barulah kita dapat merealisasikan impian kita sebagai umat yang terbaik lagi di redhai Allah Swt dengan segala kelapangan hidup.

(Al-Maa'idah:2)

Bermaksud : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. "



Website Rasmi SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak Lah

RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020.
Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.
Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi.
Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.
Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.
Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat.
Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang-undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara.

Website Rasmi SPRM

Pengenalan SPR


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberiwanghadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.


Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.