Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata 
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH ampunkan dosanya setahun."



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sumber : Wordpress

Salam Maal Hijrah dari kami warga SPR UTeM.
Salam Anti-Rasuah

Thursday 24 November 2011

Konvensyen SPR IPR 2011



Sesi Pertanyaan Soalan
Wakil UTeM
Wakil UTeM
Persembahan Kreatif - Penglipur lara
Barisan pelakon Zon Selatan
Auntie & US
They're straight. actually :p
Wakil UTHM & UTM
mereka dari UTM
Sesi Interview
Waiting for the speech slot
Sesi Resolusi
This is our (SPR UTeM) first time joined the konvensyen SPR IPT since the new leadership exist. There are so many things that we learn from this program. InsyaAllah, the new leadership of SPR UTeM (2011) will make a huge change in order to compete with others.

Sunday 13 November 2011

Sekadar Perkongsian...

Saidina Ali bin Abu Talib K.W berkata :

    Keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga ;
    bermusafirlah kerana bagi musafir itu 5 kelebihan : -

  • Terlepas dari kerumitan
  • Dapat meningkatkan kualiti hidup
  • Kaya dengan ilmu & pengalaman
  • Dapat ramai kenalan

Persoalan..?

Pemberi dan penerima rasuah adalah sama-sama melakukan jenayah dan bersalah dari segi undang-undang tetapi kenapa SPRM hanya mendakwa penerima rasuah saja?

Persoalan itu tidak semestinya benar dalam semua keadaan. Jika ada mana-mana pihak, termasuk orang ketiga, yang boleh mengemukakan bukti yang mencukupi, meyakinkan dan boleh berdiri dengan sendirinya, maka kedua-dua pihak pemberi dan penerima rasuah malah orang perantaraan sekalipun, boleh didakwa di Mahkamah. Dalam kebanyakan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lazimnya satu pihak saja yang dikenakan pertuduhan, sama ada pemberi atau penerima rasuah saja. Keadaan ini terjadi disebabkan tidak ada pihak orang ketiga yang tampil memberikan bukti atau keterangan di atas perlakuan kedua-dua pihak pemberi dan penerima rasuah itu. Dengan keadaan yang sedemikian adalah sukar untuk mendakwa kedua-dua mereka sebagai pemberi dan penerima rasuah. Pertimbangan juga dibuat untuk menentukan pihak mana yang dimangsai antara si pemberi dan si penerima itu. Pilihan mempertuduh satu pihak, pada lazimnya, berdasarkan pihak mana yang melaporkan perkara itu kepada SPRM sebagai bukti yang ia tidak bersetuju dan juga ia bukan rakan sejenayah dalam transaksi itu.


Friday 11 November 2011

Quotes on Corruption


A government, for protecting business only, is but a carcass, and soon falls by it's own corruption and decay.
-Amos Bronson Alcott

All institutions are prone to corruption and to the vices of their members.
-Morris West

All religions have based morality on obedience, this is to say, on voluntary slavery. That is why they have always been more pernicious than any political organization. For the latter makes use of violence, the former - of the corruption of the will.
-Alexander Herzen

But eradicating corruption is not enough to sustain a country.
-Eduard Shevardnadze

Corruption has never been compulsory.
-Anthony Eden

Corruption, the greatest single bane of our society today.
-Olusegun Obasanjo

Corruption, the most infallible symtoms of constitutional liberty.
-Edward Gibbon 

" So why do something's NOT WORTHY? Let's prevent ourselves from doing the CORRUPTION things. Be SMART and ENJOY life. Do not involves yourself in CORRUPTION. "

Friday 4 November 2011

Aidiladha wishes



Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.
Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?
Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.
Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.


Kami, daripada SPR UTeM mengucapkan
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
kepada semua umat Islam..

berhati hati di jalan raya..
salam anti-rasuah :)

Wednesday 2 November 2011

Tunjuk Ajarku Sifu ! ;)

center - IZZAD AMIR (MANTAN K. SEKRETARIAT)
to Izzad Amir, thank you so much for the guide
and being supportive.
we, the new supervision will make sure
SPR UTeM will success ! 
aminn ...